Saturday, January 22, 2011

ISTIQAMAH

TUHAN TERIMALAH 
IBADAHKU YANG TIDAK SEMPURNA
IA SERBA KEKURANGAN
DAN BANYAK CACAT CELANYA
TAPI APA KAN DAYA
INI YANG KU MAMPU UTK MELAKUKANNYA
AKU TETAP ISTIQAMAH
KASIHANILAH AKU WAHAI TUHAN
HAMBA YANG LEMAH INI
KEAMPUNANMU YANG KU HARAPKAN
TIADA LAGI YANG AKAN MEMBELAKU
ANDAI ENGKAU TIDAK MEMBELANYA
AKU KAN HAMBAMU JUA
AKU CIPTAANMU JUA
KALAU ENGKAU SELAMATKAN 
ENGKAU TIDAK AKAN RUGI 
KEBESARANMU AKAN 
TETAP SEMPURNA
AMPUNILAH WAHAI TUHAN SEGALA DOSAKU
AMPUNILAH WAHAI TUHAN SEGALA DOSAKU..

Friday, January 7, 2011

Kayaking makes many new friends, and experiences!

About, 4 days, 26 Nov 2010 - 30 Nov 2010. At Lenggong, Perak Darul Ridzuan. Activities held- kayak and jungle tracking. Fatigue yet awesome! Subhanallah! Just imagined that suddenly you are at the middle of the lake.      The thing you never done before! In the canoe with your partner, that you move just using a stick- a paddle. My new experience and I'd love it! Alhamdulillah.



Time ni saya dan kawan2 baru sampai di Bukit Ring. Yang berbaju hitam dan bertopi tu, kami punya guider a.k.a jurulatih kayak negeri Perak. kami panggil dia Black je. Time perjalanan ni lah saya dapat nick name Ngap Girl..huhu..gara2 En Epul la tuh..


Setelah tiba beberapa meter dari Empangan Chenderoh..wahh. Panas..


Masing2 buat gaya sewaktu merakam kenangan paling manis, nasib baik tak tergolek kayak tu.. seram jugak waktu nih..


Kami mendapat penerangan dari Tok Ki..Jurulatih dari TOP Adventure..=)


Waktu ni, kami berhenti berehat; makan dan solat..resipi utama, ikan pekasam fresh dari tasik Raban...huhu..





































Akhirnya, bila balik rumah je, mak aih, gelapnyer muka ku..isk3.. Cuma berharap, aktiviti spt ini bukan yg terakhir. Nak pegi lagi..Insya Allah. Akal yg cerdik ari badan yg cergas! kalau nak dpt tahu lbh bnyak tntang cerita ni, boleh ziarah blog Cikgu Ben;,,Seronok..hehehe..Eksplorasi Ikan Pekasam Tasik Raban end.. 


AWAS!!

Kod Babi Pada Makanan - Penting Untuk Umat IslamOleh Dr. M. Anjad Khan

Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran, bahan-bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC, oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.

Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab "KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada.

Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin di dunia.Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42,000.Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang; di manakah lemak-lemak babi tersebut?

Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan

Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan, ubat-ubatan harus dicantumkan pada kemasan.Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.

Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan deficit perdagangan bagi negara pengeksport.Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut.

Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera–tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara (civil war).

Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 -an mengetahuinya.Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari Negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi (lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam.

Sebagai akibatnya, pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.

Semenjak produk-produk tersebut di atas banyak di konsumsi [penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh
negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu, kekerasan dan seks bebas.Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.

Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara kita.

E-100, E-110, E-120, E140, E141, E153, E160, E161, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E300, E301, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E441, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E571, E631, E635, E904, E920.

Apa yang diharapkan, semoga perkara ini sentiasa di ambil peduli, supaya apa yang kita makan itu membersihkan hati kita,,semoga dielakkan dari dikotori benda asing yang hitam.

Friday, December 31, 2010

SEM BARU BERMULA

Alhamdulillah, akhirnya, berakhir juga cuti sem yang berlalu selama sebulan lamanya..Tak boleh duduk diam kat umah, kasihan sama ibu..Habis program ni, esok pegi program tu, sudah dibiasakan dari mula. Tapi Alhamdulillah, program yang bermanfaat. Mula kelas pada 3Jan 2011. Sama dengan adik2 sekolah yang lain. Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih bermanfaat bagi setiap khalifah. Semoga tahun ini dilimpahi barakah dari Allah. Semoga tahun ini menjadi tahun yang memberi banyak pengajaran kepada kita semua. 

Dan sudah pasti semua ada azam yang baru! Tak kira lah, mungkin ada azam yang nak kuruskan badan, beli kereta baru, ambil lesen B tahun ni..hehehe..mana lah tahu. Tapi jgn lupa juga; Sematkan Azam Untuk Jadi Kalifah/ Insan Yang Sentiasa Penuhkan Malamnya Dengan Amal Ibadat..Amin..

Bak kata seorang sahabat, Tahun 2010, tahun yang banyak mengganggu saya..tapi Tahun 2011..lagi banyak yang dia kacau sama saya..hehe..sebabnya, kita, bila ada kawan, sahabat, jgn kwn ikut musim, ikut tahun..( teruk sungguh kalau begitu) Hargai sahabat dan insan yang ada di sekeliling kita, tak kira tua, muda, miskin atau kaya..Sebabnya, Allah jadikan kita manusia berbagai bangsa, agama, untuk berkenalan sesama kita manusia,mewujudkan perpaduan, keharmonian, bukan kehancuran dan permusuhan..=)

Tidak dinafikan, tahun2 yang berlalu banyak kita lalui, pahit manis, masam masin, kelat tawar..Subhanallah, secara meluasnya, itu semua ada pengajaran yang Allah nak tunjukkan pada kita! ya! betul..kita boleh perhati sendiri, sebabnya, apa yang dah berlaku sebelum ni, kita takkan buat lagi esoknya kalau perkara tu teruk..sungguhkan? 

Jadi, sebagai hamba Allah yang kerdil ni, saya igt baguslah kalau kita semua buka hati dan mata masing2. Bila kita akan mati, kita x tahu. Mati pula merupakan jalan permulaan bagi sesebuah kehidupan selepas mati. Jangan x percaya, kena percaya.. Selamat Beramal..=)

Monday, December 20, 2010

BAHASA KORPORAT

Mari renung-renungkan permainan bahasa ini bagi mengurangi stress hari ini....









































































































 Semoga boleh kurangkan keresahan berfikir..=)

PERJUANGAN INI

Hati adalah noktah bidayah
Tarbiyah bermula di sini
Tanamkan aqidah solehah
Bajai iman di dada
Sirami amal ISlami
Istiqamah setiap ketika
Ukhuwah perlu di jalinkan
Walau kepada musuh
Amalkan syakhsiah solehah
Kesejahteraan semesta alam
Hati yakin diproses
Masa demi masa
 Taufik hidayah Allah
Insya Allah mendapat keredaan
Perjuangan
Jihad melawan nafsu
Menentang kekufuran
Nun di sebalik sana 
Kau perolehi darjat yang tinggi
Allah akan bersama
Menolong dan merestui
Perjuangan Mujahidin
Sahabat, perjuangan itu memang..memang tiada satu pun yang mudah! Malahan, tiada satu perkara pun yang mudah dalam dunia ini..namun, untuk menjadi susah itulah satu-satunya MUDAH. Tapi, adakah kita mahu menjadi susah? Tiada seorang pun mahu susah, jadi, berpayahlah dahulu untuk memudahkan segalanya..Insya Allah, barangsiapa yang membantu dalam mendekatkan Allah, Allah akan membantu memudahkan urusannya..Amin..

Sunday, December 19, 2010

Dah Siap!

Bismillahirrahmanirrahim,
Fuh, setelah lama bertungkus lumus untuk menyiapkan blog nih, akhirnya...tersiap jugak..terima kasih atas bantuan adikku fateahah..syukran ye dik..

Sebenarnya, bukan ape, tertarik dengan cara dan bicara adikku dalam segala luahan hatinya tentang hidup yang mengajarnya didalam blognya. Jadi, aku pun terfikir nak buat jugak..mana tahu, kata2 yang dirungkai berpetikkan board berhuruf di laptop nih boleh menyentuh hati yang kehausan Cinta Ilahi..Insya Allah, aku akan cuba sedaya upaya memperkenalkan Biah Soleha walau dalam blog..huhu..

Dua tiga hari nih, asyik banyak sangat makan..murah rezeki ibu dan ayah..Alhamdulillah..Tapi, yang seeloknya, biarlah kita kurangkan makannya ye..biar mudah Ilmu masuk, syaitan pun susah sikit nak hinggap. Tapi, kalau banyak makannye, almaklum senang sangat lah nak bertapak syaitan uh.."polan..tidurlah..dah kenyang tu..sedap je tidur nih,,hehe"..macam2 lah lagi alasan yang depa gunakan..A'uzubillahi minassyaitanirrajim...(biar jauh sikit syaitan nak mari)

Hm..buat masa ni belum ada yang menarik untuk aku ceritakan. Oh, tentang nama yang tertera pada blog tu mungkin ada yang berfikiran pelik..kenapalah letak nama ayam..nak berniaga ka? hehe..ada lah kisahnya disebalik tu..(sibuk je)

Baiklah, disini dahulu. Ingatkan nak berceloteh panjang. Tapi ibu nak guna laptop nak melepaskan kerinduan pada Zumanya.. huhu..salam alaik..