Friday, December 31, 2010

SEM BARU BERMULA

Alhamdulillah, akhirnya, berakhir juga cuti sem yang berlalu selama sebulan lamanya..Tak boleh duduk diam kat umah, kasihan sama ibu..Habis program ni, esok pegi program tu, sudah dibiasakan dari mula. Tapi Alhamdulillah, program yang bermanfaat. Mula kelas pada 3Jan 2011. Sama dengan adik2 sekolah yang lain. Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih bermanfaat bagi setiap khalifah. Semoga tahun ini dilimpahi barakah dari Allah. Semoga tahun ini menjadi tahun yang memberi banyak pengajaran kepada kita semua. 

Dan sudah pasti semua ada azam yang baru! Tak kira lah, mungkin ada azam yang nak kuruskan badan, beli kereta baru, ambil lesen B tahun ni..hehehe..mana lah tahu. Tapi jgn lupa juga; Sematkan Azam Untuk Jadi Kalifah/ Insan Yang Sentiasa Penuhkan Malamnya Dengan Amal Ibadat..Amin..

Bak kata seorang sahabat, Tahun 2010, tahun yang banyak mengganggu saya..tapi Tahun 2011..lagi banyak yang dia kacau sama saya..hehe..sebabnya, kita, bila ada kawan, sahabat, jgn kwn ikut musim, ikut tahun..( teruk sungguh kalau begitu) Hargai sahabat dan insan yang ada di sekeliling kita, tak kira tua, muda, miskin atau kaya..Sebabnya, Allah jadikan kita manusia berbagai bangsa, agama, untuk berkenalan sesama kita manusia,mewujudkan perpaduan, keharmonian, bukan kehancuran dan permusuhan..=)

Tidak dinafikan, tahun2 yang berlalu banyak kita lalui, pahit manis, masam masin, kelat tawar..Subhanallah, secara meluasnya, itu semua ada pengajaran yang Allah nak tunjukkan pada kita! ya! betul..kita boleh perhati sendiri, sebabnya, apa yang dah berlaku sebelum ni, kita takkan buat lagi esoknya kalau perkara tu teruk..sungguhkan? 

Jadi, sebagai hamba Allah yang kerdil ni, saya igt baguslah kalau kita semua buka hati dan mata masing2. Bila kita akan mati, kita x tahu. Mati pula merupakan jalan permulaan bagi sesebuah kehidupan selepas mati. Jangan x percaya, kena percaya.. Selamat Beramal..=)

No comments:

Post a Comment