Friday, December 31, 2010

SEM BARU BERMULA

Alhamdulillah, akhirnya, berakhir juga cuti sem yang berlalu selama sebulan lamanya..Tak boleh duduk diam kat umah, kasihan sama ibu..Habis program ni, esok pegi program tu, sudah dibiasakan dari mula. Tapi Alhamdulillah, program yang bermanfaat. Mula kelas pada 3Jan 2011. Sama dengan adik2 sekolah yang lain. Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih bermanfaat bagi setiap khalifah. Semoga tahun ini dilimpahi barakah dari Allah. Semoga tahun ini menjadi tahun yang memberi banyak pengajaran kepada kita semua. 

Dan sudah pasti semua ada azam yang baru! Tak kira lah, mungkin ada azam yang nak kuruskan badan, beli kereta baru, ambil lesen B tahun ni..hehehe..mana lah tahu. Tapi jgn lupa juga; Sematkan Azam Untuk Jadi Kalifah/ Insan Yang Sentiasa Penuhkan Malamnya Dengan Amal Ibadat..Amin..

Bak kata seorang sahabat, Tahun 2010, tahun yang banyak mengganggu saya..tapi Tahun 2011..lagi banyak yang dia kacau sama saya..hehe..sebabnya, kita, bila ada kawan, sahabat, jgn kwn ikut musim, ikut tahun..( teruk sungguh kalau begitu) Hargai sahabat dan insan yang ada di sekeliling kita, tak kira tua, muda, miskin atau kaya..Sebabnya, Allah jadikan kita manusia berbagai bangsa, agama, untuk berkenalan sesama kita manusia,mewujudkan perpaduan, keharmonian, bukan kehancuran dan permusuhan..=)

Tidak dinafikan, tahun2 yang berlalu banyak kita lalui, pahit manis, masam masin, kelat tawar..Subhanallah, secara meluasnya, itu semua ada pengajaran yang Allah nak tunjukkan pada kita! ya! betul..kita boleh perhati sendiri, sebabnya, apa yang dah berlaku sebelum ni, kita takkan buat lagi esoknya kalau perkara tu teruk..sungguhkan? 

Jadi, sebagai hamba Allah yang kerdil ni, saya igt baguslah kalau kita semua buka hati dan mata masing2. Bila kita akan mati, kita x tahu. Mati pula merupakan jalan permulaan bagi sesebuah kehidupan selepas mati. Jangan x percaya, kena percaya.. Selamat Beramal..=)

Monday, December 20, 2010

BAHASA KORPORAT

Mari renung-renungkan permainan bahasa ini bagi mengurangi stress hari ini....









































































































 Semoga boleh kurangkan keresahan berfikir..=)

PERJUANGAN INI

Hati adalah noktah bidayah
Tarbiyah bermula di sini
Tanamkan aqidah solehah
Bajai iman di dada
Sirami amal ISlami
Istiqamah setiap ketika
Ukhuwah perlu di jalinkan
Walau kepada musuh
Amalkan syakhsiah solehah
Kesejahteraan semesta alam
Hati yakin diproses
Masa demi masa
 Taufik hidayah Allah
Insya Allah mendapat keredaan
Perjuangan
Jihad melawan nafsu
Menentang kekufuran
Nun di sebalik sana 
Kau perolehi darjat yang tinggi
Allah akan bersama
Menolong dan merestui
Perjuangan Mujahidin
Sahabat, perjuangan itu memang..memang tiada satu pun yang mudah! Malahan, tiada satu perkara pun yang mudah dalam dunia ini..namun, untuk menjadi susah itulah satu-satunya MUDAH. Tapi, adakah kita mahu menjadi susah? Tiada seorang pun mahu susah, jadi, berpayahlah dahulu untuk memudahkan segalanya..Insya Allah, barangsiapa yang membantu dalam mendekatkan Allah, Allah akan membantu memudahkan urusannya..Amin..

Sunday, December 19, 2010

Dah Siap!

Bismillahirrahmanirrahim,
Fuh, setelah lama bertungkus lumus untuk menyiapkan blog nih, akhirnya...tersiap jugak..terima kasih atas bantuan adikku fateahah..syukran ye dik..

Sebenarnya, bukan ape, tertarik dengan cara dan bicara adikku dalam segala luahan hatinya tentang hidup yang mengajarnya didalam blognya. Jadi, aku pun terfikir nak buat jugak..mana tahu, kata2 yang dirungkai berpetikkan board berhuruf di laptop nih boleh menyentuh hati yang kehausan Cinta Ilahi..Insya Allah, aku akan cuba sedaya upaya memperkenalkan Biah Soleha walau dalam blog..huhu..

Dua tiga hari nih, asyik banyak sangat makan..murah rezeki ibu dan ayah..Alhamdulillah..Tapi, yang seeloknya, biarlah kita kurangkan makannya ye..biar mudah Ilmu masuk, syaitan pun susah sikit nak hinggap. Tapi, kalau banyak makannye, almaklum senang sangat lah nak bertapak syaitan uh.."polan..tidurlah..dah kenyang tu..sedap je tidur nih,,hehe"..macam2 lah lagi alasan yang depa gunakan..A'uzubillahi minassyaitanirrajim...(biar jauh sikit syaitan nak mari)

Hm..buat masa ni belum ada yang menarik untuk aku ceritakan. Oh, tentang nama yang tertera pada blog tu mungkin ada yang berfikiran pelik..kenapalah letak nama ayam..nak berniaga ka? hehe..ada lah kisahnya disebalik tu..(sibuk je)

Baiklah, disini dahulu. Ingatkan nak berceloteh panjang. Tapi ibu nak guna laptop nak melepaskan kerinduan pada Zumanya.. huhu..salam alaik..